Friday, December 25, 2009

Mid Valley @ Christmas 2009


Ni nak gerak g mid valley. Siap nak bawak bagpack ladybig dia tu..hehhehe



Makan Penang Asam Laksa & Soup dalam Mid Valley.


Mama dah x larat dah nak jalan2. Tunggu Cik Su shopping dalam MNG.

Topi baru beli kat Mom's Care...terus nak pakai.

Makan Ais Krim Baskin sambil melepak kat Starbuck

Cik Su, Cik Ngah & Mama Tok nak g jalan2 Mid Valley. Sarah ni kalau bab2 berjalan memang la suka. Masuk Mid Valley kul 4++ ptg...kuar kul 10++ malam. Kaki mama macam nak patah mengejar ucuk. Naik keta dia terus minum susu n titun...

Monday, September 28, 2009






Aidilfitri 2009

Tahun kedua (2) beraya sebagai ibu kepada Humairah Mysarah. Alhamdulillah Sarah makin lincah...keletah nya buat kami semua bergelak sakan..

Thursday, September 17, 2009

Paya Serai Restaurant, PJ Hilton


Semalam kontraktor projek di Melaka invite kami tuk majlis berbuka puasa...hujan lebat semalam tp akhirnya kami satu keluarga selamat sampai di sana. Masa sampai tu dah waktu buka, so hubby cakap kita cari air dulu...orang memang ramai. Ambik masa gak la nak jumpa meja yang booked tu.

Ketiga-tiga meja yang booked

Makanan kat sana memang best. Kalau nak bagi bintang..aku bagi lima (5). Sarah memang ligat la time ni. Nak jaga dia lagi..nak makan lagi tp kami seronok. Mama asyik makan oyster...best best..best..Hubby pun makan banyak gak aku tengok..dia cakap sedap makanan sini.






Monday, September 14, 2009


Hair Clips Raya Humairah Mysarah & Hamper Raya

Semalam, sementara tunggu Syabas datang ke site, lambatnya..maka mula aku buat projek hairclips tuk sarah nak match dengan baju kurung nak pakai 2nd day nanti..Sempat la siap hairclips yang x seberapa..kali ni puas hati jahit benda ni..


Bila masuk off lak..tengok ada hamper raya ada kat atas meja..cun gak. Bila tengok pada kad, daripada kontraktor untuk projek ku di Jempol, Negeri Sembilan rupanya.



Thursday, September 10, 2009

Happy Birthday to My Hubby


Hari ni Hari Jadi Hubby yang ke-37. Hadiah x sempat nak beli lagi. Apa duk fikir nak belanja hubby makan best sikit la..makan ikan kerapu ke...

Saturday, September 5, 2009

Untuk Kali Ke .... Aku Di Uji Lagi

Aku yakin setiap ujian yang diberi oleh ALLAH pasti ada HIKMAH NYA yang kita tidak tahu. Bila ku baca coretan dari blog yang sentiasa ku ikuti...
My CrazyArtZone terasa tenang sekali.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Terima Kasih Maya sebab coretan di atas...Moga kita suma akan terus jadi hamba yang sabar dalam semua dugaan ALLAH untuk kita. Amin

Tuesday, September 1, 2009

Balik Kampung @ Merdeka 2009




Sarah memang suka muzik..pantang je dengar muzik mula la melompat-lompat. Anak Papa...apa papa suka dia pun suka.

Thursday, August 27, 2009

7 Ramadhan @ Seoul Garden One Utama..


Plan nak buffet ramadhan ni sejak sarah ikut nenek balik kampung, so hubby ajak buka di Seoul Garden. Kami sampai sana dalam kul 6.00 ptg. Lepas comfirmed reservation, kami kuar g jusco beli belah sikit..Lepas solat maghrib baru kami masuk ke Seoul Garden tuk makan-makan..makan memang banyak...yang bestnya hubby makan ais-krim banyak tu..dia cakap sedap. eheheheh



Sunday, August 23, 2009


Menu Hari Ke-2 Puasa...








Ketam Sweet Sour + Ayam Goreng Sos Tiram + Sayur Goreng

Thursday, August 20, 2009

Puasa 2009

Tahun ni tahun pertama berpuasa sebagai ibu...tahun lepas masa puasa..tengah pregnant. x tahu la macam mana nanti masa nak siapkan juadah berbuka dengan si kecil yang tengah lasak. sekarang pun masa nak masak pun dia ke hulu hilir sama ngan kita jugak tu...hehehheh

Alhamdulillah...keluarga ku ada sini untu bersahur dan berbuka sama2 dengan kami sekeluarga...tentu seronok..

Apa2 pun "Selamat Berpuasa" pada semua umat Islam amnya dan pada semua kawan-kawan yang mengenali diri ku khususnya..Mohon Ampun & Maaf jika ada kesilapan yang menguris hati..


Dress & Diaper Bag

Ari senin balik keje..dah nampak dah bunkusan pos laju..mesti dari lydia, lepas main dengan ucuk..terus buka bungkusan tu...betul..dress tuk sarah dan diaper bag yang ku nak. senyum meleret sarah bila ku pakaikan dia dress tu. tema kasih lydia sebab jahitkan baju tuk sarah..yang best nya x ukur langsung.haahhah

Friday, August 14, 2009

Button from Button Planet

Akhirnya sampai jugak butang cute yang ku pesan dari button planet.comel sangat..

Monday, August 10, 2009







Semalam masa sarah tido..mama pun mula start projek baru....mengedit pic2 sarah yang lama dalam template smilebox...hahahhaaah

Saturday, August 8, 2009

Masih Gila Buat HairClips

Betul la kata intan, klu dah giant buat benda ni sambil tengok tv pun jalan..walaupun hasil kerja tangan ku masih di tahap yang tidak memuaskan tapi aku seronok bila tengok sarah pakai..

Tuesday, August 4, 2009

Hahahaha...akhirnya

Akhirnya ..walaupun hasilnya x memuaskan hati ku.

kali pertama ku buat hair clips..memang x pernah cuba selama ni pun...


key chain bentuk TELUR...konon2 nya nak ajar sarah la bentuk2 makanan...

hair clips macam besar lak bila letak kat kepala sarah tp x apa lah...sebab dah buat...




Gila Beli Belah
Tengahari aku ajak hubby g IOI Mall..nak g kedai Daiso Japan...masuk sana macam2 ada la..sampau x tahu nak beli apa dah tp sempat lagi ingat tujuan aku ke sana..nak cari flet. akhirnya jumpa la kain felt dan aksesori yang ku nak tu..Alhamdulillah..


ni la antara barang yang aku beli kat Daiso Japan...heheheheh

Wednesday, July 22, 2009

Dah Mula Buat Keje Gila Dah...

Semalam time lunch time aku ke Sri Gombak..cari kedai alatan mejahit seperti yg rina ckp dalam facebook..hahhah. beli macam x ingat dunia kain felt tu. X tahu la jadi ke idak projek kali ni..ingat nak beli butang tapi macam x ada masa sangat nak memilih suma tu..nanti dulu la...ada masa kena g balik kedai tu..