Friday, April 30, 2010

Selamat Tinggal ...

Alhamdulillah..akhirnya apa yang saya cita2 kan dah tercapai. Amin...Pada kawan2 yang selalu mengikut blog ini..InsyaALLAH lepas ni boleh la ke blog My Diary Life untuk mengetahui kisah2 kami.

Wednesday, February 24, 2010

Happy 3th Anniversary

Alhamdulillah..hari ini cukup 3 tahun usia perkahwinan kami berdua (zainy & mahya). Syukur dan sujud pada ALLAH dengan semua rezeki dan anugerah pada kami berdua. Kehadiran Humairah Mysarah sebagai pelengkap hidup kami berdua. Syukur kerana dia seorang anak yang cukup menceriakan. InsyaALLAH bulan Jun nanti, adik humairah akan bersama kami semua.

Pagi2 hubby dah dah wish Happy Anniversary. Tersentuh perasaan bila dengar. Hubby cakap if sempat kita lunch sama2. Tapi yang paling aku x jangka ...hubby bagi bunga lepas antar balik office dr lunch. Tema kasih abang..InsyaALLAH saya akan jadi yang terbaik tuk abang dan anak2. Itu janji seorang ISTERI dan MAMA. amin

Sunday, February 21, 2010

Balik Kampung - CNY 2010

Alhamdulillah, cuti panjang Hari Raya Cina kami balik kampung walaupun plan tu asyik bertukar2. Sarah klu bab balik kampung ni seronok la.





Cik Sue belanja makan kat Restoran Chim Chum. Makanan Ala2 Thai. Kami pilih tuk makan buffet cuma rm15/seorang. Yang syoknya tempat bakar tu..mcam belakang kuali je. Nanti sambung lagi la ceta n upload pic. Nak ujan lak


Sunday, February 7, 2010

Shopping Shopping




Semalam kami tiga beranak pergi ke Warehouse Sale tuk barang2 Avent, Fisher Price, Crocs dan baby nya baju dr MotherCare dan MomsCare di USJ. Mula2 ingat nak beli botol avent sahaja tuk sarah dan baby nanti tp biasa la bila dah sampai sana mula la tengok macam2 barang yang berkenan. Mood hubby baik sebab tu dia ikut je. Ingat ke orang ramai tp x la sangat, agaknya sebab dah last day kot. Sik baik dapat parking dekat je. So mula2 mama g tgk betul ke botol avent tu rm40 seperti yang diceritakan dlm komen kawan2 yang pergi. Hanya ada botol 4oz sahaja. Mama ambik 1 box je la. Ada teether sekali rm15 tuk 2 so ambik je la...hehehehe. Tengok barang Fisher Price x ada banyak dah atas meja. Mama ambik Potty Trainner tuk Sarah..normal price rm160++ tpi hari ni dapat rm50 je. Ingat nak balik dah tpi nak tengok betul ke FP Rocker tu dah habis. Bila papa g tanya..dah habis so papa rekemen ambik Swing. Mama bukan x nak tp risau nanti je masa swing tu bergerak tu je...apa pun kami beli..Lepas bayar kami gerak ke Pantai Dalam tuk makan tenghari..tempat favorite papa. Kedai Dikir Barat Kelate. Kebetulan hari ni ada live kumpulan Dikir Barat. Kami makan sambil mendengar Dikir Barat laa. Ingat nak terus balik tpi ada lagi tempat nak kena pergi. Nak g tgk Aprica High Chair n Sliding tuk sarah dan baby kat Jalan Ipoh. Papa sanggup je. Sampai kat sana, tengok condition high chair ni masih ok walaupun 2nd hand. Papa setuju ambik. Kalau baru rm1200++ tapi rezeki kami dapat rm240 sahaja. Lepas tu kami balik la rumah..suma dah letih.

Friday, January 29, 2010

Besday Sarah - 2 Tahun






Tahun ni mama n papa memang x nak buat besday sarah kat rumah. Rumah tengah banyak benda nak buat.heheheheh. Kebetulan atuk dan cik su nak datang celebrate so mama dan papa plan makan2 kat Restoran Sari Ratu je di Subang Parade..

Thursday, January 7, 2010

Muffin Coklat


Lepas makan malam, buat muffin coklat tuk sarah. Dia pun sibuk la nak tolong. Kita sibuk duk mix bancuhan tuk muffin. Dia pun sama la..dalam duk melayan dia..siap jugak muffin tuk dia, walaupun mama ni bukan pakar buat kek.

Sarah@LCCT Airport



Hari ahad, 28/12/2009 mama tuk, cik su dan cik ngah balik kampung naik flight kat LCCT Airport. Tengok la aksi ucuk yang asyik nak main & duduk kat troli...pic lain kena ambik ngan cik su. hehehehe